Tiada apa yang lebih indah bagi seorang wanita apabila memiliki seorang anak.Pagi ini, apabila melihat anak berusia 4 tahun memberitahu ibunya yang dia sudah siap dengan bedak yang menggebu dipipi dan rambut tersisir rapi. Nampak segar dan comel. Hati ibu akan berasa puas. Doa didalam hati semoga anak ini membesar sebagaimana cerianya dia pada pagi ini. Sudah tentu harapan ibunya menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Itu sahaja aset yang paling berharga dan bekalan ibunya untuk ke alam sana. Perasaan semalam lenyap entah kemana. Melihat rakan-rakan yang sudah 13 tahun tidak bertemu, terasa kerdil diri ini yang hanya mempunyai anak-anak bersama sedangkan rakan-rakan sudah memiliki kerjaya profesional dan wanita ini hanya menjawat jawatan ibu profesional. Itu pun belum tentu lagi... Okey, sekarang masa untuk dikira kembali... Apabila dinilai kembali Allah itu sebenarnya paling adil....Sahabat ibu tadi baru melangsungkan perkahwinan pada usia 36 tahun, baru memulakan kehidupan berkeluarga dan ada juga yang masih belum mendirikan rumah tangga., ada yang berumah tangga tapi masih belum memiliki cahaya mata. Itulah kehidupan. Allah memberi rezeki bukan saja dari segi harta dan pangkat tapi dari segi kesihatan, anak-anak dan keluarga yang bahagia. Cuma kita sebagai manusia yang selalu bertanya kerja apa sekarang? Pangkat apa? Rumah dia besarlah...Cantiknya rumah dia.. Banyaknya duit dia... Tapi tak pernah kita tanya,..Bahagiakah awak? Cuba kita renungi (Surah Al-Rum: 21) "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatakan ketenangan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan diantara kamu berdua mawaddah dan rahmah". Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini. Bagi mereka mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan anak-anak dan mengembangkan keturunan manusia. Anak-anak juga adalah aset berharga untuk ibu bapa di akhirat kelak. Apabila tibanya saat kematian segala pahala dari amalan akan terputus, namun anak-anaklah yang diharapkan untuk menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan kedua-dua ibu bapanya di alam kubur ini. Didikan yang baik dengan matlamat keberkatan didunia dan kebahagiaan di akhirat, itu adalah kejayaan yang hakiki buat manusia. Terfikir dihati ibu ini bagaimana seorang guru sivik boleh memberi kenyataan beracun " ibu yang tidak bekerja tidak dapat memberi kegembiraan dan kesenangan kepada anaknya kerana kedudukan kewangan yang terhad." Adakah ini namanya bahagia? Begitu cetek pemikiran kalau betullah seorang guru beranggapan seperti ini. Wang adalah pemudah cara tetapi bukanlah segala-galanya. Adakah kita berkehendakkan generasi akan datang hanya mementingkan gadget-gadget, material dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginan tanpa memikirkan kehidupan yang lebih bermanfaat. Itulah yang akan terjadi apabila manusia terlalu bersifat materialistik. Kehidupan yang bahagia dan lengkap apabila anak-anak mentaati ibu bapanya, belajar bersungguh-sungguh, memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga. Anak-anak adalah aset yang paling berharga bukan sahaja untuk keluarga itu tetapi untuk sesebuah negara.
Assalamualaikum..Urmm!Tadi blogwalking pastu terjumpa satu GA yang TERAWESOME DI DUNIA! Blog die very cute!Purple!Kemas cantik,cute!I love her blog so much!And thank for a thousand cause making this AWESOME GA!..Saya harap saya menang,doakan saya boleh? Cantik kan banner die? ] Well,baru tengok banner tak tengok blog nyer yang kiut miut! Saya JUJUR dalam GA ini ...Never lie! ^^ ..Thnx kak!
Comments
Post a Comment
hey babes,no harsh word!