Skip to main content

Anugerah Yang Terindah

Tiada apa yang lebih indah bagi seorang wanita apabila memiliki seorang anak.Pagi ini, apabila melihat anak berusia 4 tahun memberitahu ibunya yang dia sudah siap dengan bedak yang menggebu dipipi dan rambut tersisir rapi. Nampak segar dan comel. Hati ibu akan berasa puas. Doa didalam hati semoga anak ini membesar sebagaimana cerianya dia pada pagi ini. Sudah tentu harapan ibunya menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Itu sahaja aset yang paling berharga dan bekalan ibunya untuk ke alam sana.    Perasaan semalam lenyap entah kemana. Melihat rakan-rakan yang sudah 13 tahun tidak bertemu, terasa kerdil diri ini yang hanya mempunyai anak-anak bersama sedangkan rakan-rakan sudah memiliki kerjaya profesional dan wanita ini hanya menjawat jawatan ibu profesional. Itu pun belum tentu lagi... Okey, sekarang masa untuk dikira kembali... Apabila dinilai kembali Allah itu sebenarnya paling adil....Sahabat ibu tadi baru melangsungkan perkahwinan pada usia 36 tahun, baru memulakan kehidupan berkeluarga dan ada juga yang masih belum mendirikan rumah tangga., ada yang berumah tangga tapi masih belum memiliki cahaya mata. Itulah kehidupan. Allah memberi rezeki bukan saja dari segi harta dan pangkat tapi dari segi kesihatan, anak-anak dan keluarga yang bahagia. Cuma kita sebagai manusia yang selalu bertanya kerja apa sekarang? Pangkat apa? Rumah dia besarlah...Cantiknya rumah dia.. Banyaknya duit dia... Tapi tak pernah kita tanya,..Bahagiakah awak? Cuba kita renungi (Surah Al-Rum: 21) "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatakan ketenangan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan diantara kamu berdua mawaddah dan rahmah". Sebahagian ahli tafsir membezakan  makna mawaddah dan rahmah ini. Bagi mereka mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan anak-anak dan mengembangkan keturunan manusia. Anak-anak juga adalah aset berharga untuk ibu bapa di akhirat kelak. Apabila tibanya saat kematian segala pahala dari amalan akan terputus, namun anak-anaklah yang diharapkan untuk menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan kedua-dua ibu bapanya di alam kubur ini. Didikan yang baik dengan matlamat keberkatan didunia dan kebahagiaan di akhirat, itu adalah kejayaan yang hakiki buat manusia. Terfikir dihati ibu ini bagaimana seorang guru sivik boleh memberi kenyataan beracun " ibu yang tidak bekerja tidak dapat memberi kegembiraan dan kesenangan kepada anaknya kerana kedudukan kewangan yang terhad." Adakah ini namanya bahagia? Begitu cetek pemikiran kalau betullah seorang guru beranggapan seperti ini. Wang adalah pemudah cara tetapi bukanlah segala-galanya. Adakah kita berkehendakkan generasi akan datang hanya mementingkan gadget-gadget, material dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginan tanpa memikirkan kehidupan yang lebih bermanfaat. Itulah yang akan terjadi apabila manusia terlalu bersifat materialistik. Kehidupan yang bahagia dan lengkap apabila anak-anak mentaati ibu bapanya, belajar bersungguh-sungguh, memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga. Anak-anak adalah aset yang paling berharga bukan sahaja untuk keluarga itu tetapi untuk sesebuah negara.

Comments

Popular posts from this blog

GIVEAWAY GOSSIP GIRL

Assalamualaikum..Urmm!Tadi blogwalking pastu terjumpa satu GA yang TERAWESOME DI DUNIA! Blog die very cute!Purple!Kemas cantik,cute!I love her blog so much!And thank for a thousand cause making this AWESOME GA!..Saya harap saya menang,doakan saya boleh? Cantik kan banner die? ] Well,baru tengok banner tak tengok blog nyer yang kiut miut! Saya JUJUR dalam GA ini ...Never lie! ^^ ..Thnx kak!

I tried and I'll try .

 I have tried. And I'll try harder in everything. That is my promise and you are the witnesses. If I fail, go tell them, The fancy tale about my fight, How I dived in and breathe underwater, How I recovered from anguish underneath my skin, And shriek the rage from my thorns, If only I fail. I am trying harder in everything, Shutting down my dark thoughts inside my head, Pacing back and forth finding an escape, Running with my worn-out dress reaching for the light, I can hear my voices louder than ever, Fighting with my bewildered eyes, Let alone the snakes lingering around my wrist, Because I know the snakes are nowhere near to break my spirit.

Don't wanna be in this skin anymore.

  The thing is, I'm just so lost.  These days, I don't even know who I am or who I was anymore. I feel completely detached from everything, everyone, and all my memories has disappeared. I hate that I don't recognize you, nor us. I hate that both of us have changed.  I hate that I am being consumed by whatever this is, vengeance, hatred, pain, misery or whatever you want to call it.  I let it consume me that I have lost every essence in me, I have lost every capability to enjoy life like other people, unable to see and cherish all the beautiful moments in life. I let it define me. The pain, the fear, the anger, the vengeance, the grief.  That is my biggest mistake.  I don't want to be in this skin anymore. It hit me when I was scrolling through my phone, looking for pictures to post for my schoolmate's birthday, I ran upon my old conversations with people that I have known throughout my school year. I was very different. I was brave, kind, strong, optimisti...